Dewan Bahasa dan Pustaka
25 Januari 2023 (Rabu) Dewan Bahasa dan Pustaka Alhamdulillah. Setelah selang masa yang agak lama, saya kembali menulis. Saya berpeluang ke Dewan Bahasa dan Pustaka bersama rakan-rakan. Terima kasih kepada Dr. Mawar Safei kerana sudi membawa kami ke DBP untuk berjumpa dengan penyunting yang hebat. Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah pada waktu adalah sangat bermakna dan menarik bagi saya. Sejujurnya, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu jabatan yang saya pandang tinggi semenjak saya berusia 10 tahun lagi. Terima kasih kepada ayah yang memperkenalkan saya kepada jabatan yang hebat ini. Masih teringat sewaktu ayah melanggan majalah Dewan Pelajar untuk saya baca setiap bulan. Ayah saya merupakan guru bahasa Melayu sebelum menjadi seorang guru bagi Pendidikan Khas. Mungkin rasa cinta dan sayang akan bahasa yang ada dalam diri ayah itu, dapat saya warisi. Ia mengalir dalam diri saya. Oleh itu, saya sememangnya mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli keluarga dalam