KAJIAN LAPANGAN

 


24 December 2022 (Sabtu)

-Kg Kodiang Lama-


Alhamdulillah, kami berjaya menjalankan kajian lapangan di Kampung Kodiang Lama untuk kursus Dialektologi Bahasa Melayu. Pengalaman yang mahal. Pengalaman yang menarik. Seronok rasanya apabila berjumpa dengan penduduk kampung. Penduduk di sana memang murah dengan senyuman dan mesra. Terima kasih banyak kepada Encik Aziz (ketua kampung) yang memudahkan urusan kajian lapangan kami. Semoga Allah membalas jasa Tuan. 

    Paling seronok apabila kedatangan kami di kampung ini disambut dengan meriah dan mesra. Ada yang menjamu kami dengan lauk kenduri, ada yang sudi membawa kami bersiar-siar di kawasan kampung, dan ada juga yang membekalkan kami dengan Pasemboq. Ingin sahaja rasanya tinggal lama di kampung itu. Kampung yang isinya penuh dengan kedamaian, ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan. Merawat hati yang bercelaru memikirkan masa depan yang masih kabur.

    InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, saya ingin ke sana semula. Tetapi bukan untuk menjalankan kajian lapangan. Saya akan bercuti dan menikmati suasana kampung yang damai itu. Kegemaran saya sewaktu di sana adalah suasana pagi dan senja di bendang! Semoga saya berpeluang lagi untuk melawat bumi jelapang padi. InsyaAllah aamiin.


Hahaha. Teruja sangat. Ini adalah pertama kali saya melihat sawat padi. Alhamdulillah salah satu impian saya tercapai. Mengunjungi sawah padi!







Comments

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

PEMBURU KAPAS MEGA