LANGIT DI TANAH MELAYU


 16 December 2022 (Jumaat)

Hampir tenggelam tapi matahari masih gah memancarkan cahaya jingganya. Cantik. Saya suka. Indah sahaja langit pada hari itu. Jujur saya katakan, itu adalah kali pertama saya melihat fenomena matahari terbenam yang paling cantik semenjak saya duduk di Tanah Melayu. Saya lebih suka melihat matahari terbenam di Sabah. Bukan kerana ia negeri kelahiran saya, tapi mungkin faktor geografi yang menyebabkan fenomena indah itu lebih menarik di langit Sabah. Alhamdulillah, 16 December 2023 saya dapat melihat matahari terbenam yang cantik di langit Tanah Melayu. Atau mungkinkah langit Tanah Melayu kelihatan indah kerana adanya insan kegemaran bersama saya pada waktu itu? Mungkin. 



Lihat itu. Langit Tanah Melayu yang indah! 




Saya kongsikan sedikit pemandangan matahari terbenam di langit Sabah. Ini merupakan pemandangan dari jendela rumah saya! Maaf, kualiti video kurang baik. 

Comments

  1. subahanallah indah sungguh ciptaan tuhan, yg dpt melihatnya merupakan satu rezeki kerana dpt melihat satu pemandangan yg indah
    ♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat untuk melihat. Semoga dapat meneroka lebih banyak keindahan alam Tuhan!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA