APA SEBENARNYA?

 



Gambar diambil pada 9 November 2022, tepat pukul 2.40am. Entah berapa lama kaki terpaku di satu tempat, mendongak ke langit melihat bulan yang tidak dapat dinafikan keindahannya ketika itu. Cahayanya sangat terang sehingga kepulan-kepulan awan yang cantik itu kelihatan dengan jelas walau tanpa kehadiran bintang yang menemani. Cahaya bulan sudah memadai. Cantik. MasyaAllah.

Mungkin terpegun dengan kecantikan cahaya bulan. Mungkin juga sedang merawat hati yang entah sama ada gembira, sedih, kecewa, marah ataupun rindu. Yang pastinya, tuan punya hati pun sedang keliru dengan perasaan sendiri dan bertanya kepada bulan. Apa sebenarnya perasaaan yang sedang singgah di hati kecil itu? Bulan tidak memberikan jawapan, tetapi menyembuhkan perasaan. 

Gembira. Itu sahaja perasaan yang dapat dirasai oleh hati selepas melihat sang bulan di ruangan langit. Angin juga seperti tahu bahawa ada hati yang perlu dihembus ketenangan bayu malam. Hembusan yang dingin berembun, halus menyentuh pipi. Sungguh damai. MasyaAllah, Alhamdulillah.

Namun, hari ini kenapa ada rasa sedih apabila melihat semula gambar yang menjadi penyembuh hati pada malam itu? Marah? Mungkin.





Comments

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA