EWATA 1.0 πŸ–€πŸ’›


 PENAMAT EKSPLORASI WATAN KITA (EWATA) 1.0 πŸ–€πŸ’›

Terima kasih manusia hebat! 



Eksplorasi Watan Kita (EWATA) mengadakan Majlis Penghargaan kecil-kecilan di restoran Soru Station semalam. 11.57pm, saya terpanggil untuk menulis satu coretan tentang manusia-manusia hebat ini kerana masih terngiang-ngiang di telinga saya suara gelak dan tawa mereka. Masih teringat kisah-kisah kelakar yang dikongsi bersama. Masih terbayang air mata kegembiraan, kepuasan dan kesyukuran yang saya saksikan semalam. Entah rindu, sayang, gembira ataupun sedih kerana masing-masing telah pun melepaskan tanggungjawab yang sebelum ini dipikul bersama. Saya tidak ingin kehilangan memori itu. Simpan di sini.

Walaupun tidak dinafikan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk EWATA 2.0, namun saya tetap berbangga dengan kejayaan EWATA 1.0 yang sememangnya bermula dari kosong.



Permata. Ya, mereka seperti permata! Awalnya sekadar batu grafit biasa lalu menjadi permata yang bernilai selepas menerima tekanan di bawah lapisan tanah.

Begitulah manusia-manusia hebat ini. Mereka adalah mahasiswa biasa yang bermula dari bawah lalu menjadi manusia yang bernilai selepas menerima semua tekanan. Lebih tepat lagi, menerima tekanan dan bertahan.

Ya, kini mereka mempunyai nilai sama seperti permata. Macam-macam ilmu. Macam-macam kemahiran. Sungguh berkebolehan. Tahniah untuk semua manusia hebat. 

Salam sayang untuk ahli EWATA 1.0. Sehingga bertemu lagi! Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA