Posts

Showing posts from December, 2022

19.12.22

Image
  19/12/22 (Isnin) Port Dickson Nik Puteri, Faiqah, Adlin, Lucy dan Afiqah. Meninggalkan realiti untuk seketika. Sendu yang bahagia.

KUCHING, SARAWAK

Image
 17/12/2022 (Sabtu) -Kuching, Sarawak- Alhamdulillah anak perantau ini dapat bertemu dengan insan-insan tersayang selepas enam bulan menumpang di negeri orang. Selepas menghitung hari, akhirnya saya sampai di Kuching, Sarawak untuk percutian singkat bersama keluarga. Dua hari dan dua malam yang menggembirakan. Sekejap sahaja namun setiap detik itu bermakna dan mahal harganya bagi saya.

PERANTAU

Image
6 Disember 2022 (Selasa) -Pasar Seni- Membawa sukma merentasi Laut China Selatan demi sebuah modal kehidupan yang digelar sang ilmu. Sedar empunya diri. Rupa tidak seberapa, harta apatah lagi. Tidak memiliki apa-apa selain ilmu. Anak perantau Sabah yang menumpang di negeri orang. "Tidak mengapa. Hari Raya Aidilfitri nanti kan boleh pulang. Sabar ya". Itulah yang sering terlintas di hati kecil ini untuk memujuk diri sendiri setiap kali melihat rakan seperjuangan pulang ke rumah masing-masing. Tidak mengapa. Seperti burung yang terbang bebas di udara, begitu juga dengan perantau. Saya tidak bersendirian. Ramai lagi anak-anak perantau kelahiran negeri di bawah bayu yang bersama saya. Terima kasih kerana sudi berkongi rasa kebersamaan saat masing-masing didatangi rasa rindu.

JAWAPAN YANG MENGUNDANG PERSOALAN

Image
  8 Disember 2022 (Khamis) -Port Dickson- 03.38AM Sesuai dengan cuaca pada ketika itu. Hujan baru sahaja singgah membasahi bumi. Embun sejuk yang dibawa angin malam menyapa kehadiran kami di pantai. Dingin tapi damai. Begitu juga dengan jiwa insan yang hadir pada malam itu. Perbualan dua hati yang agak dingin tapi dalam keadaan damai. Persoalan demi persoalan terjawab meski jawapan yang diberikan mengundang persoalan yang baharu pada hari ini.  Terima kasih kepada sang ombak yang menyanyikan irama merdu kegemaranku. Terima kasih kepada sang bulan penyeri langit malam, yang juga merupakan citra kegemaranku. Terima kasih kepada insan yang memberi jawapan bagi persoalan yang telah lama terperangkap dalam sangkar hati. Apa boleh aku labelkan sebagai insan kegemaranku? Namun, jawapan itu menimbulkan persoalan baharu. Jawapan? Masih menunggu.