16 December 2022 (Jumaat) Hampir tenggelam tapi matahari masih gah memancarkan cahaya jingganya. Cantik. Saya suka. Indah sahaja langit pada hari itu. Jujur saya katakan, itu adalah kali pertama saya melihat fenomena matahari terbenam yang paling cantik semenjak saya duduk di Tanah Melayu. Saya lebih suka melihat matahari terbenam di Sabah. Bukan kerana ia negeri kelahiran saya, tapi mungkin faktor geografi yang menyebabkan fenomena indah itu lebih menarik di langit Sabah. Alhamdulillah, 16 December 2023 saya dapat melihat matahari terbenam yang cantik di langit Tanah Melayu. Atau mungkinkah langit Tanah Melayu kelihatan indah kerana adanya insan kegemaran bersama saya pada waktu itu? Mungkin. Lihat itu. Langit Tanah Melayu yang indah! Saya kongsikan sedikit pemandangan matahari terbenam di langit Sabah. Ini merupakan pemandangan dari jendela rumah saya! Maaf, kualiti video kurang baik.
24 December 2022 (Sabtu) -Kg Kodiang Lama- Alhamdulillah, kami berjaya menjalankan kajian lapangan di Kampung Kodiang Lama untuk kursus Dialektologi Bahasa Melayu. Pengalaman yang mahal. Pengalaman yang menarik. Seronok rasanya apabila berjumpa dengan penduduk kampung. Penduduk di sana memang murah dengan senyuman dan mesra. Terima kasih banyak kepada Encik Aziz (ketua kampung) yang memudahkan urusan kajian lapangan kami. Semoga Allah membalas jasa Tuan. Paling seronok apabila kedatangan kami di kampung ini disambut dengan meriah dan mesra. Ada yang menjamu kami dengan lauk kenduri, ada yang sudi membawa kami bersiar-siar di kawasan kampung, dan ada juga yang membekalkan kami dengan Pasemboq. Ingin sahaja rasanya tinggal lama di kampung itu. Kampung yang isinya penuh dengan kedamaian, ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan. Merawat hati yang bercelaru memikirkan masa depan yang masih kabur. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, saya ingin ke sana semula. Tetapi bukan untu
-Langit Pagi- Morning walk menjadi hobi saya baru-baru ini. Setiap hujung minggu, tepat 7.30am saya akan tercegat di hadapan pejabat Kolej Dato Onn, UKM. Tenang sahaja pagi hujung minggu saya. Setiap kali itu juga saya akan mendongak, tercari-cari kelibat kapas mega kegemaran. Ada masa saya dapat melihatnya, ada masa saya kehilangannya. Ya, saya seperti pemburu setiap pagi hujung minggu. Pemburu kapas mega.
Comments
Post a Comment