PERANTAU

6 Disember 2022 (Selasa)
-Pasar Seni-


Membawa sukma merentasi Laut China Selatan demi sebuah modal kehidupan yang digelar sang ilmu. Sedar empunya diri. Rupa tidak seberapa, harta apatah lagi. Tidak memiliki apa-apa selain ilmu.

Anak perantau Sabah yang menumpang di negeri orang. "Tidak mengapa. Hari Raya Aidilfitri nanti kan boleh pulang. Sabar ya". Itulah yang sering terlintas di hati kecil ini untuk memujuk diri sendiri setiap kali melihat rakan seperjuangan pulang ke rumah masing-masing.

Tidak mengapa. Seperti burung yang terbang bebas di udara, begitu juga dengan perantau. Saya tidak bersendirian. Ramai lagi anak-anak perantau kelahiran negeri di bawah bayu yang bersama saya. Terima kasih kerana sudi berkongi rasa kebersamaan saat masing-masing didatangi rasa rindu.




Comments

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA