JAWAPAN YANG MENGUNDANG PERSOALAN

 

8 Disember 2022 (Khamis)
-Port Dickson-


03.38AM
Sesuai dengan cuaca pada ketika itu. Hujan baru sahaja singgah membasahi bumi. Embun sejuk yang dibawa angin malam menyapa kehadiran kami di pantai. Dingin tapi damai. Begitu juga dengan jiwa insan yang hadir pada malam itu. Perbualan dua hati yang agak dingin tapi dalam keadaan damai. Persoalan demi persoalan terjawab meski jawapan yang diberikan mengundang persoalan yang baharu pada hari ini. 

Terima kasih kepada sang ombak yang menyanyikan irama merdu kegemaranku. Terima kasih kepada sang bulan penyeri langit malam, yang juga merupakan citra kegemaranku. Terima kasih kepada insan yang memberi jawapan bagi persoalan yang telah lama terperangkap dalam sangkar hati. Apa boleh aku labelkan sebagai insan kegemaranku?

Namun, jawapan itu menimbulkan persoalan baharu. Jawapan? Masih menunggu.



Comments

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA