"LOVE LANGUAGE"


 

Apa itu love language atau bahasa cinta? Konsep bahasa cinta ini diperkenalkan oleh Dr. Gary Chapman, penulis buku Five Love Language. Beliau memperkenalkan 5 bahasa cinta untuk semua jenis hubungan sama ada dalam hubungan percintaan, kekeluargaan mahupun persahabatan. Bahasa cinta ini adalah tentang cara bagaimana seseorang itu mengekspresikan rasa cintanya kepada orang lain. 

5 jenis bahasa cinta itu adalah words of affirmation (kata-kata positif), quality time (kualiti masa), receiving gift (hadiah), act of service (perbuatan) dan physical touch (sentuhan fizikal).

Menarik bukan? Namun, bagi saya, bahasa cinta saya adalah "doa". Saya bukan ustazah. Bukan pula alim ulama. Tetapi, saya memang akan ekspresikan cinta melalui doa. Jujur saya katakan, semua insan yang saya cinta dan kasih akan saya sebutkan satu per satu dalam doa saya. 

Saat saya jatuh cinta sekali pun, saya menyebut nama orang itu dalam doa saya. Kerana bagi saya, jika kita mencintai seseorang, doa lah pada Allah, minta lah pada Allah agar orang yang kita cintai itu sentiasa dalam lindunganNya. Selain mendoakan keluarga, saya juga menyebut nama insan kegemaran di dalam doa saya walaupun saya tidak pasti sama ada nama saya ada dalam doanya atau tidak. 

Jangan lupa selitkan nama orang yang anda sayang dalam doa! 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LANGIT DI TANAH MELAYU

KAJIAN LAPANGAN

PEMBURU KAPAS MEGA