Posts

Showing posts from November, 2022

DUA RASA, SATU MASA

Image
  Takut. Kelakar. Hari tidak semua indah. Kadang-kadang kita melalui hari yang buruk. Saya akan melalui lorong ini setiap hari dan setiap kali itu juga lah saya terkenang hari buruk itu.  Lorong ini kah tempat saya ditinggalkan oleh seseorang? Lorong ini kah tempat saya ditolak oleh seseorang? Tidak. Bukan.  Lorong ini lah tempat saya dikejar oleh satu makhluk ciptaan Allah yang satu itu. Seekor kera (Abe Kera) yang besar, berotot, bermata tajam, dan menakutkan bagi saya. Siapa kata cinta hadir dari mata jatuh ke hati? Saya tidak setuju. Entah Abe Kera itu jatuh hati atau apa? Kami bertentang mata dan saya dikejar secara tiba-tiba.  Saya yang berseorangan pada waktu itu sudah mula berasa takut apabila melihat si Abe Kera dari jauh. Saya tetap beranikan diri untuk terus berjalan namun dengan tidak sengaja terpandang mata Abe Kera semasa dia berada di tepi jambatan. Tiba-tiba sahaja dia melompat dan menepis bahu saya. Laju jantung saya berdegup kencang lalu menjerit dengan kuat sehingga

APA SEBENARNYA?

Image
  Gambar diambil pada 9 November 2022, tepat pukul 2.40am. Entah berapa lama kaki terpaku di satu tempat, mendongak ke langit melihat bulan yang tidak dapat dinafikan keindahannya ketika itu. Cahayanya sangat terang sehingga kepulan-kepulan awan yang cantik itu kelihatan dengan jelas walau tanpa kehadiran bintang yang menemani. Cahaya bulan sudah memadai. Cantik. MasyaAllah. Mungkin terpegun dengan kecantikan cahaya bulan. Mungkin juga sedang merawat hati yang entah sama ada gembira, sedih, kecewa, marah ataupun rindu. Yang pastinya, tuan punya hati pun sedang keliru dengan perasaan sendiri dan bertanya kepada bulan. Apa sebenarnya perasaaan yang sedang singgah di hati kecil itu? Bulan tidak memberikan jawapan, tetapi menyembuhkan perasaan.  Gembira. Itu sahaja perasaan yang dapat dirasai oleh hati selepas melihat sang bulan di ruangan langit. Angin juga seperti tahu bahawa ada hati yang perlu dihembus ketenangan bayu malam. Hembusan yang dingin berembun, halus menyentuh pipi. Sungguh

EWATA 1.0 🖤💛

Image
 PENAMAT EKSPLORASI WATAN KITA (EWATA) 1.0 🖤💛 Terima kasih manusia hebat!  Eksplorasi Watan Kita (EWATA) mengadakan Majlis Penghargaan kecil-kecilan di restoran Soru Station semalam. 11.57pm, saya terpanggil untuk menulis satu coretan tentang manusia-manusia hebat ini kerana masih terngiang-ngiang di telinga saya suara gelak dan tawa mereka. Masih teringat kisah-kisah kelakar yang dikongsi bersama. Masih terbayang air mata kegembiraan, kepuasan dan kesyukuran yang saya saksikan semalam. Entah rindu, sayang, gembira ataupun sedih kerana masing-masing telah pun melepaskan tanggungjawab yang sebelum ini dipikul bersama. Saya tidak ingin kehilangan memori itu. Simpan di sini. Walaupun tidak dinafikan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk EWATA 2.0, namun saya tetap berbangga dengan kejayaan EWATA 1.0 yang sememangnya bermula dari kosong. Permata. Ya, mereka seperti permata! Awalnya sekadar batu grafit biasa lalu menjadi permata yang bernilai selepas menerima tekan

SAYA

Image
Tak kenal maka tak cinta. Sering sahaja ungkapan ini meniti di bibir masing-masing. Oleh sebab itu, sebelum berkongsi cerita dan kisah yang lainnya, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit tentang diri ini. Jika "Tak kenal maka tak cinta" pada awalnya, maka jangan pula terjatuh cinta di akhir cerita. Dilahirkan pada 19 Ogos 2001 di Hospital Besar Tawau, Sabah. Alhamdulillah, kini sudah pun mencecah usia 21 tahun dan amnya dikenali sebagai Syauqina. Mendapat pendidikan di SK Luasong, Tawau semasa sekolah rendah dan meneruskan persekolahan di SMK Merotai Besar, Tawau semasa tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Selepas itu, berpindah pula ke sekolah menengah lain iaitu SMK Kuhara, Tawau semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5 lalu menyambung pelajaran ke peringkat STPM di Kolej Tingkatan Enam Tawau. Sedikit pencapaian yang dapat dijadikan sebagai hadiah kepada kedua-dua ibu bapa tersayang adalah mendapat keputusan 8A dalam SPM dan mendapat PNGK sebanyak 3.92 dalam STPM. Menjelang tahu