Posts

PEMBURU KAPAS MEGA

Image
-Langit Pagi- Morning walk menjadi hobi saya baru-baru ini. Setiap hujung minggu, tepat 7.30am saya akan tercegat di hadapan pejabat Kolej Dato Onn, UKM.  Tenang sahaja pagi hujung minggu saya. Setiap kali itu juga saya akan mendongak, tercari-cari kelibat kapas mega kegemaran. Ada masa saya dapat melihatnya, ada masa saya kehilangannya. Ya, saya seperti pemburu setiap pagi hujung minggu. Pemburu kapas mega. 

KAJIAN LAPANGAN

Image
  24 December 2022 (Sabtu) -Kg Kodiang Lama- Alhamdulillah, kami berjaya menjalankan kajian lapangan di Kampung Kodiang Lama untuk kursus Dialektologi Bahasa Melayu. Pengalaman yang mahal. Pengalaman yang menarik. Seronok rasanya apabila berjumpa dengan penduduk kampung. Penduduk di sana memang murah dengan senyuman dan mesra. Terima kasih banyak kepada Encik Aziz (ketua kampung) yang memudahkan urusan kajian lapangan kami. Semoga Allah membalas jasa Tuan.       Paling seronok apabila kedatangan kami di kampung ini disambut dengan meriah dan mesra. Ada yang menjamu kami dengan lauk kenduri, ada yang sudi membawa kami bersiar-siar di kawasan kampung, dan ada juga yang membekalkan kami dengan Pasemboq. Ingin sahaja rasanya tinggal lama di kampung itu. Kampung yang isinya penuh dengan kedamaian, ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan. Merawat hati yang bercelaru memikirkan masa depan yang masih kabur.     InsyaAllah jika ada ruang dan peluang, saya ingin ke sana semula. Tetapi bukan untu

"LOVE LANGUAGE"

Image
  Apa itu love language atau bahasa cinta? Konsep bahasa cinta ini diperkenalkan oleh Dr. Gary Chapman, penulis buku Five Love Language . Beliau memperkenalkan 5 bahasa cinta untuk semua jenis hubungan sama ada dalam hubungan percintaan, kekeluargaan mahupun persahabatan. Bahasa cinta ini adalah tentang cara bagaimana seseorang itu mengekspresikan rasa cintanya kepada orang lain.  5 jenis bahasa cinta itu adalah words of affirmation (kata-kata positif), quality time (kualiti masa), receiving gift (hadiah), act of service (perbuatan) dan physical touch (sentuhan fizikal). Menarik bukan? Namun, bagi saya, bahasa cinta saya adalah "doa". Saya bukan ustazah. Bukan pula alim ulama. Tetapi, saya memang akan ekspresikan cinta melalui doa. Jujur saya katakan, semua insan yang saya cinta dan kasih akan saya sebutkan satu per satu dalam doa saya.  Saat saya jatuh cinta sekali pun, saya menyebut nama orang itu dalam doa saya. Kerana bagi saya, jika kita mencintai seseorang, doa l

LANGIT DI TANAH MELAYU

Image
 16 December 2022 (Jumaat) Hampir tenggelam tapi matahari masih gah memancarkan cahaya jingganya. Cantik. Saya suka. Indah sahaja langit pada hari itu. Jujur saya katakan, itu adalah kali pertama saya melihat fenomena matahari terbenam yang paling cantik semenjak saya duduk di Tanah Melayu. Saya lebih suka melihat matahari terbenam di Sabah. Bukan kerana ia negeri kelahiran saya, tapi mungkin faktor geografi yang menyebabkan fenomena indah itu lebih menarik di langit Sabah. Alhamdulillah, 16 December 2023 saya dapat melihat matahari terbenam yang cantik di langit Tanah Melayu. Atau mungkinkah langit Tanah Melayu kelihatan indah kerana adanya insan kegemaran bersama saya pada waktu itu? Mungkin.  Lihat itu. Langit Tanah Melayu yang indah!  Saya kongsikan sedikit pemandangan matahari terbenam di langit Sabah. Ini merupakan pemandangan dari jendela rumah saya! Maaf, kualiti video kurang baik. 

PESTA BUKU & KOPI KIZ

Image
 14 Januari 2023 (Sabtu) Kolej Ibu Zain Alhamdulillah berkesempatan pergi ke Pesta Buku & Kopi yang bertempat di Kolej Ibu Zain, UKM. Pesta Buku & Kopi ini dianjurkan oleh Kolej Ibu Zain dan Penerbit UKM. Terdapat pelbagai buku menarik yang dijual dengan harga yang sangat murah kerana mereka mengadakan promosi besar-besaran. Gerai-gerai jualan seperti gerai makanan, gerai pakaian dan gerai perhiasan juga terdapat di sepanjang perkarangan kolej. Pesta ini sangat menarik bagi saya. 

BICARA TOKOH KWM

Image
   19 Januari 2023 (Khamis) DK3F301, FSSK Alhamdulillah berpeluang hadir dalam program Bicara Tokoh KWM yang dianjurkan oleh Kluster Warisan Melayu & Kursus SKMM2083 Penulisan Kreatif, Pusat Kajian BITARA Melayu, FSSK. Program ini menampilkan sosok yang hebat dalam dunia drama radio. Puan Hasni Jamali merupakan seorang wanita yang amat saya kagumi kehebatannya dalam penulisan skrip drama radio. Beliau membantu saya untuk bersemangat untuk menceburi dunia penulisan kreatif. Terima kasih juga saya ucapkan kepada bonda kami yang membuka peluang ini selain mencurahkan ilmu beliau dalam penulisan kreatif, Dr Mawar Safei.      Saya berharap agar saya juga boleh menjadi insan yang bermanfaat untuk orang lain seperti dua insan hebat ini. Suka saya gelar mereka sebagai wanita hebat kerana kedua-duanya merupakan sosok wanita yang berjaya berdiri dengan kejayaan sendiri. Saya memang sangat mengagumi wanita-wanita yang bekerjaya. Semoga Syauqina Huda juga menjadi wanita yang berjaya suatu hari

Dewan Bahasa dan Pustaka

Image
 25 Januari 2023 (Rabu) Dewan Bahasa dan Pustaka Alhamdulillah. Setelah selang masa yang agak lama, saya kembali menulis.  Saya berpeluang ke Dewan Bahasa dan Pustaka bersama rakan-rakan. Terima kasih kepada Dr. Mawar Safei kerana sudi membawa kami ke DBP untuk berjumpa dengan penyunting yang hebat. Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah pada waktu adalah sangat bermakna dan menarik bagi saya.       Sejujurnya, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu jabatan yang saya pandang tinggi semenjak saya berusia 10 tahun lagi. Terima kasih kepada ayah yang memperkenalkan saya kepada jabatan yang hebat ini. Masih teringat sewaktu ayah melanggan majalah Dewan Pelajar untuk saya baca setiap bulan. Ayah saya merupakan guru bahasa Melayu sebelum menjadi seorang guru bagi Pendidikan Khas. Mungkin rasa cinta dan sayang akan bahasa yang ada dalam diri ayah itu, dapat saya warisi. Ia mengalir dalam diri saya. Oleh itu, saya sememangnya mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli keluarga dalam

19.12.22

Image
  19/12/22 (Isnin) Port Dickson Nik Puteri, Faiqah, Adlin, Lucy dan Afiqah. Meninggalkan realiti untuk seketika. Sendu yang bahagia.

KUCHING, SARAWAK

Image
 17/12/2022 (Sabtu) -Kuching, Sarawak- Alhamdulillah anak perantau ini dapat bertemu dengan insan-insan tersayang selepas enam bulan menumpang di negeri orang. Selepas menghitung hari, akhirnya saya sampai di Kuching, Sarawak untuk percutian singkat bersama keluarga. Dua hari dan dua malam yang menggembirakan. Sekejap sahaja namun setiap detik itu bermakna dan mahal harganya bagi saya.

PERANTAU

Image
6 Disember 2022 (Selasa) -Pasar Seni- Membawa sukma merentasi Laut China Selatan demi sebuah modal kehidupan yang digelar sang ilmu. Sedar empunya diri. Rupa tidak seberapa, harta apatah lagi. Tidak memiliki apa-apa selain ilmu. Anak perantau Sabah yang menumpang di negeri orang. "Tidak mengapa. Hari Raya Aidilfitri nanti kan boleh pulang. Sabar ya". Itulah yang sering terlintas di hati kecil ini untuk memujuk diri sendiri setiap kali melihat rakan seperjuangan pulang ke rumah masing-masing. Tidak mengapa. Seperti burung yang terbang bebas di udara, begitu juga dengan perantau. Saya tidak bersendirian. Ramai lagi anak-anak perantau kelahiran negeri di bawah bayu yang bersama saya. Terima kasih kerana sudi berkongi rasa kebersamaan saat masing-masing didatangi rasa rindu.